TENTANG KAMI

SV Partners Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2016. SVPSB sebelumnya dikenali sebagai Syahmi Ventures Properties. Ekuiti syarikat SVP dimiliki sepenuhnya 100%  milik bumiputra. SVPSB diterajui oleh barisan pengurusan yang mahir dan berkebolehan dalam bidang pemasaran selaras dengan misi dan visi syarikat. Kakitangan SVPSB telah diberikan khidmat latihan professional dan teknikal serta kursus-kursus yang berkaitan (dalam pengurusan jualan dan pemasaran hartanah) dari semasa ke semasa bagi memastikan pengetahuan dan kualiti kerja pihak kakitangan syarikat yang memuaskan sejajar dengan kehendak prospek.

SVPSB memperkukuhkan lagi pengurusan dalam bidang perundingan dan pemasaran hartanah melalui kekuatan konsultan yang terlatih secara profesional dan berdaya saing dari segi pengetahuan dan teknik jualan. Kini, SVPSB juga mengendalikan bimbingan dan latihan kepada konsultan bagi memastikan mereka sentiasa selari dengan perkembangan teknik terkini pemasaran dan rundingcara yang terbaik untuk prospek.

Pemasaran hartanah yang diuruskan oleh SVPSB merangkumi jualan dan dokumentasi untuk diajukan kepada pihak bank dan juga Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk prospek yang terdiri daripada kakitangan kerajaan mahupun kakitangan swasta. Sistem pemasaran dan penjualan yang dilaksanakan oleh SVPSB ini telah melahirkan usahawan konsultan hartanah dengan nilai komisen mencecah puluhan ribu ringgit.

Berterusan menjadi syarikat pengurusan, rundingan, pemasaran hartanah dan pembiayaan (bank dan LPPSA) pilihan utama di Malaysia, menyediakan perkhidmatan penuh kepada pelanggan, hartanah, dan kepada ahli-ahli pasukan kami dengan kemahiran pengurusan strategik, analisis pelaburan dan kewangan hartanah dengan jaringan kerjasama Setia Awan Holdings Sdn. Bhd.

Menetapkan standard prestasi tinggi usahawan hartanah SVPSB dalam pengurusan jualan dan pemasaran hartanah untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan disamping memastikan para pelanggan mendapat kualiti khidmat dan pengalaman yang terbaik dan mendapat peluang kemudahan yang disediakan.