
SV Partners Sdn. Bhd.
SV Partners Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2016. Ekuiti syarikat SV Partners Sdn. Bhd. dimiliki 100% sepenuhnya milik bumiputera dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 1232639-M.
SV Partners Sdn. Bhd. diterajui oleh barisan pengurusan yang mahir dalam bidang pemasaran selaras dengan misi dan visi syarikat. Kakitangan SV Partners Sdn. Bhd. sentiasa diberikan khidmat latihan professional dan teknikal serta kursus yang berkaitan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengetahuan dan kualiti kerja yang memuaskan sejajar dengan kehendak prospek.
SV Partners Sdn. Bhd. memperkukuhkan pengurusan dalam bidang perundingan dan pemasaran hartanah melalui kekuatan konsultan yang terlatih secara profesional dan berdaya saing dari segi pengetahuan dan teknik jualan.
Pemasaran hartanah yang diuruskan oleh SV Partners Sdn. Bhd. merangkumi jualan dan dokumentasi untuk diajukan kepada pihak bank dan juga Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk prospek yang terdiri dengan kakitangan kerajaan dan swasta.
VISI
Berterusan menjadi syarikat pengurusan, rundingan, pemasaran hartanah dan pembiayaan (bank dan LPPSA) pilihan utama di Malaysia, menyediakan perkhidmatan penuh kepada pelanggan, hartanah dan kepada ahli-ahli pasukan kami dengan kemahiran pengurusan strategik, analisis pelaburan dan kewangan hartanah dengan jaringan kerjasama Setia Awan Holdings Sdn. Bhd.
MISI
Menetapkan tahap prestasi tinggi usahawan hartanah SV Partners Sdn. Bhd. dalam pengurusan jualan dan pemasaran hartanah untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan disamping memastikan para pelanggan mendapat kualiti khidmat dan pengalaman kemudahan yang disediakan.
